Monday 11 October 2010

Jamuan Aidilfitri 1431H MPP Zon 4












Jamuan Raya MPP Zon 4 2010

Jamuan Raya ini telah diadakan pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) bermula jam 2 - 5 ptg di sebelah tempat letak kereta blok 17 & 18 Seksyen 8.

Program anjuran MPP Zon 4 dengan kerjasama Surau Ar-Rahmah ini telah dihadiri lebih 2 ribu penduduk khususnya di dalam kawasan MPP Zon 4 (Seksyen 8 & U11).

Diantara tetamu kehormat yang hadir adalah YB Yaakob bin Sapari selaku DUN Kota Anggerik, YB Khalid bin Abd Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Majlis MBSA serta En Ismahali bin Redzuan selaku Pengerusi MPP Zon 4.

Monday 16 August 2010

Program 1 Rumah 1 Beras MPP Zon 4 2010











Program 1 rumah 1 beras ini telah diadakan pada 15 Ogos 2010 (ahad) di sekitar Seksyen 8 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada 3.00 petang.

Seramai 30 orang telah dikenal pasti sebagai rakyat daif yang merangkumi ibu tunggal, warga emas serta keluarga berpendapatan rendah di kawasan MPP Zon 4 khususnya Seksyen 8.

Lawatan telah diadakan di 10 buah rumah dan selebihnya penerima akan hadir ke surau bagi menerima sumbangan berbentuk barangan dapur.

Program ini juga menjadi platform terbaik bagi Pengerusi Zon 4 yang baru dilantik iaitu En Ismahali hj Ismail untuk berkenalan dan beramah mesra bersama penduduk yang kurang bernasib baik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis MBSA dengan lebih efisien dan jujur.

Thursday 22 July 2010

Jamuan Perpisahan Pengerusi dan AJK MPP Zon 4 2009/2010









Majlis Perpisahan Pengerusi dan Ajk MPP Zon 4 2009/2010 telah diadakan pada 3 Julai 2010 bertempat di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Seramai 30 orang AJK yang terdiri daripada wakil surau, persatuan penduduk serta NGO hadir untuk bersama-sama meraikan tempoh perkhimatan mereka bersama MPP Zon 4 pada tahun 2009/2010.

Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah YB Yaakob Sapari selaku ADUN Kota Anggerik, Ybhg Dato' Mazalan bin Md Noor selaku Datuk Bandar Shah Alam serta Dr Ida Yanti bt Sofian selaku Area Officer MPP Zon 4.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan-ucapan oleh tetamu jemputan serta Pengerusi MPP Zon 4

Wednesday 2 June 2010

Ekspedisi Belia Sihat MPP/Pebt Zon 4




Sessi Penggulungan
Sessi Tazkirah

Sessi Sembahyang dalam hutan
Sessi Memasak
Sessi memasak
Laluan ke Tasik
Perjalanan ke Checkpoint pertama
Ekspedisi bermula
Sessi Senaman sebelum masuk ke Hutan
Peserta sedang mendengar taklimat
Pembahagian Kumpulan oleh Urusetia

Sessi Pendaftaran Peserta bagi program Ekspedisi Belia Sihat


Ekspedisi Belia Sihat MPP / PeBT Zon 4 telah diadakan pada 29 Mei 2010 (Sabtu) bermula pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Program diteruskan sehingga malam dan pengisiannya adalah jamuan makan BBQ.

Diantara tetamu yang hadir adalah YB Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam serta En Adnan bin Jamburi selaku Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 4.


Monday 3 May 2010

Larian Sihat Edisi ke-5 MPP Zon 4










Larian Sihat Edisi ke-5 anjuran MPP Zon 4 dengan kerjasama Surau Ar-Rahmah ini diadakan pada 2 Mei 2010 (Ahad) di Dewan Angsana MBSA, Jalan Liku 8/1, Seksyen 8.

Seperti larian sihat pada edisi yang lalu, edisi kali ini tidak dapat disertai oleh Wakil Rakyat tetapi masih mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk Seksyen 8.

Hanya Ahli Majlis yang hadir bersama-sama dengan penduduk untuk menjalankan aktiviti ini.