Thursday 28 January 2010

PROGRAM KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN MATA PERCUMA MPP ZON 15





Program ini telah diadakan pada 9 & 10 Januari 2010.

Anjuran MPP 15 dengan kerjasama Pejabat ADUN Sri Andalas, jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Vista Wave Management dan Avail Beauty Sdn. Bhd.

Bertempat di Dewan MBSA Kg. Sg. Kandis Seksyen 36 Shah Alam

Program ini bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang.

Program ini bertujuan untuk memberi pemeriksaan percuma daripada syarikat vista wave disamping itu juga terdapat program derma darah, pemeriksaan tekanan darah,pameran denggi dan H1N1 serta terdapat ceramah berkenaan kanser serviks dan payudara dari Avail Beauty.

Vip yang hadir pada program tersebut adalah Y.B Dr. Xavier Jayakumar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi ADUN Sri Muda, En Tan Ah Kow Ahli Majlis Zon 12, En. Azhar Maludin Ahli Majlis Zon 8

Wednesday 27 January 2010

Larian Sihat MPP Zon 4



Tarikh : 31 Januari 2010 (Ahad)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Angsana MBSA, Jalan Liku 8/1, Seksyen 8

Tetamu VIP : YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik)


Pembahagian T-Shirt adalah terhad untuk 250 peserta terawal. Makan dan Minum disediakan

Monday 25 January 2010

Gotong Royong Membersihkan Tasik di Seksyen 8 Timur, (MPP Zon 4)









Gotong-Royong ini telah diadakan pada 24 Januari 2010 di Tasik Seksyen 8 Timur, Seksyen 8. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan semak samun bagi mengindahkan pemandangan komuniti di Seksyen 8 Timur.

Diantara tetamu Jemputan yang hadir adalah Pengerusi MPP Zon 4, En Adnan bin Jamburi, Area Officer, Dr Roslan b Hj Fadzil serta Pn Nurul Azzurinawati bt Mohammed Khusrin.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini telah dihadiri lebih kurang 20 orang daripada komuniti seksyen 8 timur.

Friday 15 January 2010

Program Kembali Ke Sekolah MPP Zon 10






Tarikh : 3 Januari 2010
Tempat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71,
Seksyen 27, Shah Alam.
Masa : 9.00 pagi

Majlis ini di adakan bagi mengurangkan perbelanjaan keluarga yang kurang berkemampuan menghantar anak ke sekolah. Program ini juga adalah salah satu aktiviti dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang telah memberi tajaan bag untuk disampaikan kepada anak-anak di kawasan MPP Zon 10.

Anak-anak yang telah menyertai program ini adalah seramai 100 orang yang tergolong dalam kategori keluarga miskin bandar dan anak-anak yatim.

Thursday 14 January 2010

Majlis Jasamu Dikenang AJK MPP Zon 10 Sesi 2008/2009





Majlis Jasamu Dikenang AJK MPP Zon 10 telah di adakan pada 27 Disember 2009 bertempat di Restoran Asiari, SACC Mall, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Majlis ini bertujuan bagi menghargai Ahli Jawatankuasa MPP Sesi 2008-2009 yang telah berusaha menggiatkan aktiviti MPP, memberi pandangan yang bernas bagi mengatasi masalah dan sentiasa prihatin dengan masalah di kawasan MPP.

Perlawanan Bowling MPP Zon 10





Perlawanan Bowling MPP Zon 10 telah di adakan pada 23 Disember 2009 di Ole-Ole Super Bowl, Seksyen 18, Shah Alam dan bermula jam 8.00 malam.

Perlawanan ini di adakan bagi memberi semangat kesukanan kepada penduduk-penduduk di kawasan MPP Zon 10. Disamping itu, mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk dengan pihak MPP.

Majlis Berkhatan Beramai-ramai MPP Zon 10





Majlis berkhatan di adakan pada 6 Januari 2009 di Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 10 yang bermula jam 8.00 pagi.

Pihak MPP Zon 10 pertama kali menganjurkan majlis tersebut dan akan menjadi salah satu acara tahunan MPP. Majlis ini bertujuan memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan iaitu miskin bandar yang berpendapatan kurang RM1500. Pihak MPP hanya mengenakan bayaran penyertaan sebanyak RM50 setiap peserta dan juga terbuka kepada golongan bukan beragama Islam.

Majlis Mesra MPP Bersama Balai Polis Komuniti Alam Megah



Majlis Mesra MPP bersama Balai Polis Komuniti Alam Megah diadakan pada 2 Disember 2009 di Balai Polis Komuniti Alam Megah jam 8.00 malam.

Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi silaturahim serta mengenali lebih rapat anggota balai dengan penduduk setempat.

Taklimat Berkhatan Untuk Ibu Bapa Peserta MPP Zon 10




Taklimat Berkhatan di adakan pada 1 Disember 2009 di Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, Shah Alam jam 8.30 malam.

Taklimat ini di adakan bagi memberi pengetahuan dan penerangan kepada ibu bapa peserta sebelum majlis berkhatan berlangsung.

Pihak MPP Zon 10 telah memilih Klinik Nadi Iman, Seksyen 27 yang berpengalaman dan mahir dari segi bentuk perubatan.

Wednesday 6 January 2010

Pasukan Kompang MPP Zon 4










Pasukan Kompang MPP Zon 4 telah ditubuhkan pada bulan Februari 2009 dengan penyertaan seramai 20 orang di kalangan belia dari kawasan Seksyen 8 dan U11.

Kadar sewa Pasukan Kompang MPP Zon 4 adalah seperti berikut : -

Kawasan Shah Alam (Tengah) - RM200.00

Luar Shah Alam ( Klang, banting) - RM250.00

Lembah Klang - RM300.00

Sila hubungi PTO MPP Zon 4 untuk tempahan Pasukan Kompang MPP Zon 4 di talian

03-55134233 / 012 3007589 (Nabil)

Guru Kompang 013 3264828 (Rosman)

Larian Sihat MPP Zon 4








Larian Sihat MPP Zon 4 ini telah diadakan pada 27 Disember 2009 bertempat di Dewan Angsana MBSA, Seksyen 8.

Menjadikan YB Yaakob bin Sapari selaku ADUN Kota Anggerik sebagai 'Ketua larian', aktiviti sihat ini mendapat sambutan dari segenap lapisan masyarakat khususnya penduduk dari Seksyen 8.

Bermula dari Dewan Angsana dan berakhir di Tempat meletak kereta Taman Pertanian Shah Alam, penyertaan dianggarkan seramai 60 orang termasuk lelaki dan perempuan.