Monday 16 August 2010

Program 1 Rumah 1 Beras MPP Zon 4 2010











Program 1 rumah 1 beras ini telah diadakan pada 15 Ogos 2010 (ahad) di sekitar Seksyen 8 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada 3.00 petang.

Seramai 30 orang telah dikenal pasti sebagai rakyat daif yang merangkumi ibu tunggal, warga emas serta keluarga berpendapatan rendah di kawasan MPP Zon 4 khususnya Seksyen 8.

Lawatan telah diadakan di 10 buah rumah dan selebihnya penerima akan hadir ke surau bagi menerima sumbangan berbentuk barangan dapur.

Program ini juga menjadi platform terbaik bagi Pengerusi Zon 4 yang baru dilantik iaitu En Ismahali hj Ismail untuk berkenalan dan beramah mesra bersama penduduk yang kurang bernasib baik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis MBSA dengan lebih efisien dan jujur.