Tuesday 30 March 2010

Larian Sihat Edisi ke-4 MPP Zon 4

Jamuan pagi selepas larian sihat
Antara peserta yang menyertai larian sihat

Sessi bergambar bersama Wakil Rakyat

YB Azmin Ali sedang memberi ucapan

Para peserta sedang berkumpul


Larian Sihat Edisi ke-4 ini telah diadakan pada 28 Mac 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Angsana MBSA, Jalan Liku 8/1

Antara tetamu kehormat pada Edisi kali ini adalah YB Azmin Ali selaku Ahli Parlimen Gombak yang dijemput khas untuk bertemu dengan penduduk Seksyen 8.

Seramai 150 peserta dikalangan belia dan karian surau yang menyertai larian ini.

Monday 29 March 2010

Hari Keluarga Penduduk Seksyen 8














Hari Keluarga Penduduk Seksyen 8 telah diadakan pada 27 Mac 2010 (Ahad) bertempat di Halaman Surau Ar-Rahmah Seksyen 8.

Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada tengah hari ini dirasmikan oleh ADUN Kota Anggerik iaitu YB Yaakob bin Sapari.

Bermacam-macam sukaneka diadakan termasuk cabutan bertuah. Program anjuran MPP Zon 4 dengan kerjasama Surau Ar-Rahmah ini mendapat sambutan terutamanya kanak-kanak dan belia daripada Seksyen 8 dan anggaran tetamu yang hadir adalah 200 orang.

Program ini adalah salah satu agenda 'Kempen Jom Ke Surau' yang bermula pada 25 Februari dan berakhir pada 28 Mac 2010.

Wednesday 24 March 2010

Piala Catur MPP Zon Selatan 2010

Penyertaan ini adalah terhad kepada 200 peserta dan penyertaan ini lebih kepada siapa cepat dia dapat. Penyertaan masih lagi terbuka...


Monday 8 March 2010

Kelas Tuisyen PMR 2010






Kelas Tuisyen PMR 2010 ini telah diadakan bermula 6 mac 2010 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Seramai 30 peserta yang hadir dan menyertai tuisyen ini dan rata-rata mereka adalah daripada penduduk Seksyen 8 dan U11 (MPP Zon 4)

Tuisyen ini akan diadakan setiap hari sabtu dan tenaga pengajar adalah daripada pelajar-pelajar Uitm, Unisel serta MSU.

Bayaran Yuran Bulanan adalah sebanyak RM20 dan digunakan untuk membayar sarapan pagi yang disediakan oleh Pihak MPP Zon 4

Wednesday 3 March 2010

Karnival Bola Sepak MPP Zon 3


Mari Beramai - ramai...
kita Saksikan Pertandingan Bola Sepak handalan peringkat Shah Alam...

Pelapis bagi Negara...

" MajuLah Sukan Untuk Negara"

Larian Sihat MPP Zon 4 2010 Edisi ke-3










Larian Sihat anjuran MPP Zon 4 ini telah sampai edisi ke-3 pada tahun ini. Diadakan pada 28 Februari 2010 (Ahad) penyertaan melebihi 150 orang di kalangan penduduk Seksyen 8 dan U11.

Taklimat oleh YB Suhaimi selaku ADUN Sri Muda kepada peserta sebelum larian bermula meninggalkan rasa hormat dan bangga kepada penduduk MPP Zon 4.

Larian juga disertai oleh YB Yaakob Sapari selaku ADUN Kota Anggerik.

PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MPP ZON 15










Program ini telah diadakan pada 21 Februari 2010 (Ahad).

Anjuran MPP 15 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Menegon Indah & Batu 4.

Bertempat di Padang Taman Menegon Indah Seksyen 36 Shah Alam

Program ini bermula jam 2.30 petang – 5.00 petang.

Program ini bertujuan untuk menyambut tahun baru cina bersama semua penduduk, dan program ini juga memberi sumbangan hamper dan angpau kepada golongan susah dan warga emas,

Vip yang hadir pada program tersebut adalah Y.B Dr. Xavier Jayakumar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi ADUN Sri Muda, Wakil Ahli Parlimen Kota Raja,En. Azmi.

Anggaran penduduk yang hadir 500 orang


Perarakan Maulidur Rasul 2010 MPP Zon 4









Perarakan ini telah diadakan pada 27 februari 2010 bermula di Padang Seksyen 8 barat pada pukul 8.30 pagi.

Diantara Tetamu jemputan adalah ADUN Kota Anggerik iaitu YB Yaakob Sapari. Seramai 150 peserta terdiri daripada belia seksyen 8, kariah surau Ar-rahmah serta tidak ketinggalan kaum ibu tunggal.

Perarakan mengelilingi Seluruh Seksyen 8 ini adalah salah satu program anjuran Surau Seksyen 8 dengan kerjasama MPP Zon 4. Program tahunan ini termasuk dalam agenda Kempen 'Jom Ke Surau' anjuran Surau Ar-Rahmah yang bermula pada 23 februari dan berakhir pada 25 mac 2010.