Hari Keluarga Penduduk Seksyen 8 telah diadakan pada 27 Mac 2010 (Ahad) bertempat di Halaman Surau Ar-Rahmah Seksyen 8.
Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada tengah hari ini dirasmikan oleh ADUN Kota Anggerik iaitu YB Yaakob bin Sapari.
Bermacam-macam sukaneka diadakan termasuk cabutan bertuah. Program anjuran MPP Zon 4 dengan kerjasama Surau Ar-Rahmah ini mendapat sambutan terutamanya kanak-kanak dan belia daripada Seksyen 8 dan anggaran tetamu yang hadir adalah 200 orang.
Program ini adalah salah satu agenda 'Kempen Jom Ke Surau' yang bermula pada 25 Februari dan berakhir pada 28 Mac 2010.
No comments:
Post a Comment