Tuesday 24 November 2009

Program "URBAN CAMP'' Generasi Idaman Selangor





Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama MPP Zon 2 akan mengadakan Pelancaran Taman Rekreasi Seksyen 7 pada 11- 12 Disember 2009. Program ini dianjurkan bagi mempromosikan kawasan rekreasi indah serta mempunyai pelbagai kemudahan untuk warga Shah Alam. Sehubungan itu, bahagian Pembangunan Masyarakat, jabatan Korporat MBSA dengan kerjsama Hijrah Training telah diamanahkan untuk menjadi urusetia kepada Program "URBAN CAMP'' Generasi Idaman Selangor. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada remaja setempat untuk mengenali dan menggunakan kemudahan di Taman Tasik Seksyen 7, membimbing remaja kepada aspek nilai-nilai murni serta memupuk mencintai alam sekitar. Sasaran peserta bagi program ini adalah dari golongan berpendapatan rendah iaitu RM3000.00 ke bawah serta anak-anak yatim/ ibu tunggal yang berumur 9 hingga 14 tahun. untuk keterangan lanjut boleh menghubungi bahagian pembangunan masayarakat. Wasalam.

No comments:

Post a Comment