Wednesday 16 December 2009

Program Urban Camp 'Generasi Idaman Selangor'






Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor dan Hijrah Konsultan and Management telah berjaya mengadakan Program Urban Camp 'Generari Idaman Selangor'di laman Budaya Taman Tasik Shah Alam pada 11 dan 12 Disember 2009. Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik peserta seramai 192 orang pelajar yang berumur 9 hingga 14 tahun. Antara pengisian sepanjang program ini termasuk mendirikan khemah sendiri dengan berlatar belakang Tasik Shah Alam. Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diamanahkan sebuah bendera yang perlu dipertahankan daripada dicuri kumpulan lain. Selain itu, peserta juga dibawa mengembara disekitar kawasan rekreasi Taman Tasik Shah Alam dengan aktivti explorace. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sijangkang merangkap Pembantu Exco Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment