Monday 28 December 2009

Sambutan Ambang Tahun 2010 Selangor - 31 Disember 2009 (Khamis)

[POSTER UPDATE]

Sambutan Ambang Tahun 2010 Negeri Selangor..
Pelbagai aktiviti dan persembahan akan dijalankan. Keterangan Lanjut sila layari :
http://www.jbtnkorporat.blogspot.com


Program Cuti Sekolah Akhir Tahun 2009

Sempena musim cuti persekolahan ini, Majlis Bandaraya Shah Alam melali Jabatan Korporat telah menganjurkan program pengajian dan pembelajaran bagi mengisi masa lapang dengan lebih berguna. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibubapa yang bukan sahaja terdiri daripada kakitangan majlis, bahkan dari sekitar pusat bandar Shah Alam serta di kawasan Lembah Klang. Program yang bermula pada 1 Disember hingga 24 Disember ini menjadi satu inspirasi kepada MBSA untuk menambah program kemasyarakatan di masa akan datang dan terus membawa Shah Alam menjadi sebuah bandar yang seronok untuk didiami..

Kelas BaHasa Arab :



Silat :



Kompang :



Mandarin :



Speech and Drama :



Drum :

Thursday 24 December 2009

'Program Kembali ke Sekolah 2010 dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma





TARIKH : 26 DAN 27 DISEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 T/HARI

LOKASI : DEWAN ANGSANA MBSA, JALAN LIKU 8/1, SEKSYEN 8

DIANTARA AKTIVITI2, PERTANDINGAN KARAOKE NASYID, PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA, DERMA DARAH, JUALAN BARANGAN SEKOLAH DAN LARIAN SIHAT BERSAMA YB YAAKOB

Wednesday 16 December 2009

Janji yang pasti bagi setiap ''Makhluk Tuhan''

Tanggal 15 Disember 2009, jabatan Korporat telah kehilangan seorang kakitangan yang amat disenangi dikalangan rakan sepejabat. Aizudin Jali merupakan seorang Ahli Muzik yang sudah lama berkhidmat di MBSA. kehilangan allahyarham amat dirasai sebahagian kakitangan yang sudah biasa bergelak ketawa dan bergurau senda. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan allahyarham dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Berikut merupakan bacaan di dalam Solat Jenazah :

Sembahyang jenazah merupakan fardhu kifayah, ianya dilakukan dalam 4 takbir

Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah, iaitu:



Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa, iaitu:



Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:



Selepas memberi salam dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Program Urban Camp 'Generasi Idaman Selangor'






Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor dan Hijrah Konsultan and Management telah berjaya mengadakan Program Urban Camp 'Generari Idaman Selangor'di laman Budaya Taman Tasik Shah Alam pada 11 dan 12 Disember 2009. Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik peserta seramai 192 orang pelajar yang berumur 9 hingga 14 tahun. Antara pengisian sepanjang program ini termasuk mendirikan khemah sendiri dengan berlatar belakang Tasik Shah Alam. Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diamanahkan sebuah bendera yang perlu dipertahankan daripada dicuri kumpulan lain. Selain itu, peserta juga dibawa mengembara disekitar kawasan rekreasi Taman Tasik Shah Alam dengan aktivti explorace. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sijangkang merangkap Pembantu Exco Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor.