Monday 28 December 2009

Sambutan Ambang Tahun 2010 Selangor - 31 Disember 2009 (Khamis)

[POSTER UPDATE]

Sambutan Ambang Tahun 2010 Negeri Selangor..
Pelbagai aktiviti dan persembahan akan dijalankan. Keterangan Lanjut sila layari :
http://www.jbtnkorporat.blogspot.com


Program Cuti Sekolah Akhir Tahun 2009

Sempena musim cuti persekolahan ini, Majlis Bandaraya Shah Alam melali Jabatan Korporat telah menganjurkan program pengajian dan pembelajaran bagi mengisi masa lapang dengan lebih berguna. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibubapa yang bukan sahaja terdiri daripada kakitangan majlis, bahkan dari sekitar pusat bandar Shah Alam serta di kawasan Lembah Klang. Program yang bermula pada 1 Disember hingga 24 Disember ini menjadi satu inspirasi kepada MBSA untuk menambah program kemasyarakatan di masa akan datang dan terus membawa Shah Alam menjadi sebuah bandar yang seronok untuk didiami..

Kelas BaHasa Arab :



Silat :



Kompang :



Mandarin :



Speech and Drama :



Drum :

Thursday 24 December 2009

'Program Kembali ke Sekolah 2010 dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma





TARIKH : 26 DAN 27 DISEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 T/HARI

LOKASI : DEWAN ANGSANA MBSA, JALAN LIKU 8/1, SEKSYEN 8

DIANTARA AKTIVITI2, PERTANDINGAN KARAOKE NASYID, PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA, DERMA DARAH, JUALAN BARANGAN SEKOLAH DAN LARIAN SIHAT BERSAMA YB YAAKOB

Wednesday 16 December 2009

Janji yang pasti bagi setiap ''Makhluk Tuhan''

Tanggal 15 Disember 2009, jabatan Korporat telah kehilangan seorang kakitangan yang amat disenangi dikalangan rakan sepejabat. Aizudin Jali merupakan seorang Ahli Muzik yang sudah lama berkhidmat di MBSA. kehilangan allahyarham amat dirasai sebahagian kakitangan yang sudah biasa bergelak ketawa dan bergurau senda. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan allahyarham dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Berikut merupakan bacaan di dalam Solat Jenazah :

Sembahyang jenazah merupakan fardhu kifayah, ianya dilakukan dalam 4 takbir

Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah, iaitu:



Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa, iaitu:



Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:



Selepas memberi salam dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Program Urban Camp 'Generasi Idaman Selangor'






Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor dan Hijrah Konsultan and Management telah berjaya mengadakan Program Urban Camp 'Generari Idaman Selangor'di laman Budaya Taman Tasik Shah Alam pada 11 dan 12 Disember 2009. Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik peserta seramai 192 orang pelajar yang berumur 9 hingga 14 tahun. Antara pengisian sepanjang program ini termasuk mendirikan khemah sendiri dengan berlatar belakang Tasik Shah Alam. Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diamanahkan sebuah bendera yang perlu dipertahankan daripada dicuri kumpulan lain. Selain itu, peserta juga dibawa mengembara disekitar kawasan rekreasi Taman Tasik Shah Alam dengan aktivti explorace. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sijangkang merangkap Pembantu Exco Jawatankuasa menangani Gejala Sosial Negeri Selangor.

Tuesday 24 November 2009

Program "URBAN CAMP'' Generasi Idaman Selangor





Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama MPP Zon 2 akan mengadakan Pelancaran Taman Rekreasi Seksyen 7 pada 11- 12 Disember 2009. Program ini dianjurkan bagi mempromosikan kawasan rekreasi indah serta mempunyai pelbagai kemudahan untuk warga Shah Alam. Sehubungan itu, bahagian Pembangunan Masyarakat, jabatan Korporat MBSA dengan kerjsama Hijrah Training telah diamanahkan untuk menjadi urusetia kepada Program "URBAN CAMP'' Generasi Idaman Selangor. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada remaja setempat untuk mengenali dan menggunakan kemudahan di Taman Tasik Seksyen 7, membimbing remaja kepada aspek nilai-nilai murni serta memupuk mencintai alam sekitar. Sasaran peserta bagi program ini adalah dari golongan berpendapatan rendah iaitu RM3000.00 ke bawah serta anak-anak yatim/ ibu tunggal yang berumur 9 hingga 14 tahun. untuk keterangan lanjut boleh menghubungi bahagian pembangunan masayarakat. Wasalam.

Monday 23 November 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2009




















Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) mengorak langkah dengan mengambil inisiatif sempena musim cuti persekolah yang telah bermula pada 21 November 2009. Dengan menyasarkan kepada golongan pelajar berumur 7 hingga 17 tahun, program ini amat menitik beratkan pengisian para pelajar sepanjang musim cuti persekolahan. Antara kelas yang dianjurkan adalah kelas Bahasa Mandarin (Asas), bahasa Arab (Perbualan Asas), Choral Speaking dan Speech and Drama. Selain itu, terdapat juga kelas muzik dan seni mempertahankan diri.