Tuesday 23 February 2010

Kelas Tuisyen PMR 2010


Sila Muat turun borang di bawah




Wednesday 10 February 2010

AKTIVITI MENGECAT DEWAN MBSA 27A





TARIKH : 30 JANUARI 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MBSA 27A, JALAN SG. GAPIS 27/71, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM.

Aktiviti ini telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Management & Science University(MSU) secara sukarela. Sebagai membalas menggunakan tenaga kerja pelajar-pelajar tersebut, pihak MPP Zon 10 telah memberi sedikit sumbangan untuk menambah dana bagi aktiviti-aktiviti yang akan mereka jalankan selepas ini.

MAJLIS KESYUKURAN PASAR MALAM SEK 28




PADA : 28 JANUARI 2010 (KHAMIS)
MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MBSA 27A, JLN SG. GAPIS 27/71, SEK 27, 40400 SHAH ALAM.

Majlis ini anjuran Ahli Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 (Bahagian Makanan) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10.

Peniaga tersebut sebelum ini mengalami kerugian semenjak bertukar ke tapak baru (berhadapan Jalan Persiaran Sepang) kerana kedudukan gerai yang tidak strategik.

Peniaga-peniaga yang telah diwakili oleh Md. Kolil b. Marijo (Pengerusi AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28) telah berjumpa dengan En. Kamarudzaman (Pengerusi MPP Zon 10) dan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah berjaya mengatasi masalah tersebut dan peniaga-peniaga mendapat hasil jualan yang lumayan berbanding sebelum ini. AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi berterima kasih kepada En. Kamarudzaman.

Wednesday 3 February 2010

PROGRAM SOLAT KETIKA SAKIT & DARURAT MPP ZON 8








TARIKH: 31 JANUARI 2010(AHAD)
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT: MASJID AL-EHSAN SEKSYEN 24
Program ini telah diadakan pada 31 Januari 2010 jam 08.30 pagi di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24 dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Adzhar bin Maludin selaku Pengerusi MPP Zon 8 merangkap Ahli Majlis MBSA.
Program ini merupakan program kerjasama antara MPP Zon 8 dan Biro Pemuda Masjid Al-Ehsan Seksyen 24 dan telah disertai oleh lebih 170 orang peserta. Penceramah yang telah diundang ialah Y.Bhg. Ustaz Hj. Azhar bin Hj. Yahya daripada Sentul Kuala Lumpur .
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat cara -cara dan panduan solat ketika terlantar sakit dimana meskipun hanya mata sahaja yang berkedip juga diwajibkan bersolat. Di dalam program tersebut juga ada diajar cara-cara tayamum dan mengambil air sembahyang untuk seseorang yang sedang sakit.
Program berlangsung selama satu hari dan mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada penduduk setempat.

PROGRAM KELAS MENJAHIT LANGSIR MPP ZON 8







Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 2 hingga 7 petang
Tempat : Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24

Kelas Jahitan langsir ini telah diadakan pada 17 Januari 2010(Ahad) di Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24 jam 2 petang.
Program dengan kerjasama MPP Zon 8 ini telah dirasmikan oleh Ketua wanita Cabang Bahagian PKR Shah Alam iaitu Y.Bhg. Dr. Daroyah binti Alwi merangkap Ahli Majlis MBSA.
Tenaga pengajar untuk kelas jahitan ini ialah Pn. Norlizam yang juga daripada Wanita Cabang Bahagian PKR Shah Alam.
Program ini diadakan sebulan sekali selama 3 bulan bermula Januari 2010.
Tujuan ia diadakan adalah untuk memberi ilmu dan mengajar teknik-teknik atau cara memotong dan menjahit langsir yang betuldan pelbagai corak yang diminati mengikut citarasa masing-masing. Semoga dengan adanya kelas seperti ini, dapat memberi ilmu berguna kepada mereka dan dimanfaatkan untuk diri sendiri seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan terutama ketika menyambut hari raya.
Seramai 70 orang telah menyertai program dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Monday 1 February 2010

Larian Sihat MPP Zon 4










Larian Sihat MPP Zon 4 ini telah diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Dewan Angsana Jalan Liku 8/1, Seksyen 8

Dengan berbekalkan t-shirt yang disediakan oleh MPP Zon, seramai 150 peserta telah hadir dan berjoging bersama-sama dengan Ahli Parlimen Kuala Langat.

Kaum belia dan warga emas turut hadir dalam acara ini, selain daripada berjoging, senamrobik juga telah diadakan serta Sarapan Pagi Sihat oleh MPP Zon 4