Wednesday 10 February 2010

MAJLIS KESYUKURAN PASAR MALAM SEK 28




PADA : 28 JANUARI 2010 (KHAMIS)
MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MBSA 27A, JLN SG. GAPIS 27/71, SEK 27, 40400 SHAH ALAM.

Majlis ini anjuran Ahli Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 (Bahagian Makanan) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10.

Peniaga tersebut sebelum ini mengalami kerugian semenjak bertukar ke tapak baru (berhadapan Jalan Persiaran Sepang) kerana kedudukan gerai yang tidak strategik.

Peniaga-peniaga yang telah diwakili oleh Md. Kolil b. Marijo (Pengerusi AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28) telah berjumpa dengan En. Kamarudzaman (Pengerusi MPP Zon 10) dan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah berjaya mengatasi masalah tersebut dan peniaga-peniaga mendapat hasil jualan yang lumayan berbanding sebelum ini. AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi berterima kasih kepada En. Kamarudzaman.

No comments:

Post a Comment