Wednesday 3 February 2010

PROGRAM SOLAT KETIKA SAKIT & DARURAT MPP ZON 8








TARIKH: 31 JANUARI 2010(AHAD)
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT: MASJID AL-EHSAN SEKSYEN 24
Program ini telah diadakan pada 31 Januari 2010 jam 08.30 pagi di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24 dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Adzhar bin Maludin selaku Pengerusi MPP Zon 8 merangkap Ahli Majlis MBSA.
Program ini merupakan program kerjasama antara MPP Zon 8 dan Biro Pemuda Masjid Al-Ehsan Seksyen 24 dan telah disertai oleh lebih 170 orang peserta. Penceramah yang telah diundang ialah Y.Bhg. Ustaz Hj. Azhar bin Hj. Yahya daripada Sentul Kuala Lumpur .
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat cara -cara dan panduan solat ketika terlantar sakit dimana meskipun hanya mata sahaja yang berkedip juga diwajibkan bersolat. Di dalam program tersebut juga ada diajar cara-cara tayamum dan mengambil air sembahyang untuk seseorang yang sedang sakit.
Program berlangsung selama satu hari dan mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment