Wednesday 3 February 2010

PROGRAM KELAS MENJAHIT LANGSIR MPP ZON 8







Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 2 hingga 7 petang
Tempat : Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24

Kelas Jahitan langsir ini telah diadakan pada 17 Januari 2010(Ahad) di Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24 jam 2 petang.
Program dengan kerjasama MPP Zon 8 ini telah dirasmikan oleh Ketua wanita Cabang Bahagian PKR Shah Alam iaitu Y.Bhg. Dr. Daroyah binti Alwi merangkap Ahli Majlis MBSA.
Tenaga pengajar untuk kelas jahitan ini ialah Pn. Norlizam yang juga daripada Wanita Cabang Bahagian PKR Shah Alam.
Program ini diadakan sebulan sekali selama 3 bulan bermula Januari 2010.
Tujuan ia diadakan adalah untuk memberi ilmu dan mengajar teknik-teknik atau cara memotong dan menjahit langsir yang betuldan pelbagai corak yang diminati mengikut citarasa masing-masing. Semoga dengan adanya kelas seperti ini, dapat memberi ilmu berguna kepada mereka dan dimanfaatkan untuk diri sendiri seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan terutama ketika menyambut hari raya.
Seramai 70 orang telah menyertai program dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

No comments:

Post a Comment